SARANAN PROF DATUK DR. SUBRAMANIAM

Kuala lumpur, dis 18-

Kerajaan mencadangkan mewujudkan satu aplikasi seperti mysejahtera bagi memudahkan pengesanan sebarang pemalsuan keputusan saringan COVID-19.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Prof Datuk Dr. Subramaniam Muniandy, berkata aplikasi itu bagi membantu pihak berwajib terutama pihak pengurusan  hospital dan klinik swasta memeriksa senarai pesakit yang menjalani ujian saringan wabak berkenaan di pusat perubatan mereka.  

“Menerusi aplikasi berkaitan sebarang perbuatan pemalsuan itu dapat dikesan secara pantas. Sekarang ini baru dengar satu klinik di Rawang mempunyai kes sebegini. Kita tidak mahu perbuatan jenayah itu merebak ke tempat lain. Buat salinan palsu ini membahayakan orang sekeliling.”

Ditanya punca berlakunya kegiatan pemalsuan itu, Dr. subramaniam tidak menolak kemungkinan ia berkaitan aspek kos ujian saringan wabak itu di klinik swasta.

Mungkin ada pihak majikan tidak mahu tanggung kos yang banyak, maka mereka buat salinan palsu.

Terdahulu, pengasas klinik swasta SP Care, Dr. Sathia Prakash, dilaporkan dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan polis berhubung isu pemalsuan keputusan saringan covid -19 yang dikendalikan klinik itu.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here