DATUK ROY ANTARA 4 DITAHAN

Putrajaya, Dis 19-

Seramai empat individu yang menyamar sebagai Pegawai Kanan Suruhanjaya Pencegahaan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Timbalan Pendakwa Raya ditahan selepas dipercayai meminta wang suapan RM 60,000 kononnya bagi menyelesaikan kes siasatan suruhanjaya itu.

Tiga lelaki berusia 39 hingga 54 tahun itu diberkas di sebuah hotel di Putrajaya pada jam 4.30 petang Rabu manakala seorang lagi ditahan di rumahnya di Melaka pada jam 8.30 malam.

Perancang utama yang dikenali sebagai Datuk Roy yang mengaku sebagai Pengarah SPRM turut ditahan bersama dua yang lain di hotel berkenaan.

Menurut sumber keempat-empat lelaki yang menyamar sebagai pegawai kanan SPRM dan TPR telah meminta wang rasuah kononnya bagi menukarkan pertuduhan ke atas pengadu kepada seksyen kesalahan lebih ringan dan membuka semula akaun pengadu yang dikatakan dibekukan oleh SPRM.

“SPRM menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan taktik digunakan suspek yang mendakwa mengenali rapat Pegawai kanan SPRM dan menunjukkan gambar bersama Pegawai Kanan SPRM, menunjukkan kad tertentu kononnya milik Pegawai Kanan Suruhanjaya ini dan TPR, serta gambar berada di premis dan di program pencegahan SPRM,” kata Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman dalam satu kenyataan pada Khamis.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here