HARGA PETROL DIESEL NAIK

Putrajaya, Dis 19-

Harga runcit petrol RON 97 DAN RON 95 masing-masing naik lima sen berkuatkuasa mulai hari ini, Dis 19 kata Kementerian  Kewangan dalam kenyataan hari ini turut mengumumkan kenaikan harga runcit diesel sebanyak tiga sen.

“Harga runcit RON97 naik lima sen seliter iaitu daripada RM2.03 kepada RM2.08 seliter, manakala RON95 naik daripada RM1.73 kepada RM1.78 seliter.

“Harga diesel pula naik daripada RM1.93 kepada RM1.96 seliter,” katanya.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here