SIKAP BERANI RAJAGOBAL HARUS MENJADI TELADAN

Kuala Lumpur, Dis 19-

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menggesa jurulatih tempatan mencontohi keberanian Datuk K. Rajagobal untuk mencuba nasib di luar negara.

Ia susulan langkah Rajagobal yang juga bekas pengendali skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda itu akan memikul tugas selaku jurulatih skuad kebangsaan Brunei bermula bulan depan.

Mengakui bangga dengan pelantikan Rajagobal yang membuktikan kebolehpasaran bakat tempatan, Hamidin berkata langkah itu juga mampu menaikkan nama Malaysia.

FAM menyokong jurulatih tempatan memberanikan diri mengambil peluang dan risiko menyumbang khidmat di luar negara kerana itu adalah ujian sebenar kemampuan mengurus dan membimbing pasukan”, katanya selepas bertemu dengan Rajagopal di Wisma FAM Kelana Jaya semalam sebelum jurulatih itu berlepas ke Brunei.

Rajagobal yang lebih dikenali sebagai ‘King Gobal’ yang membawa Malaysia muncul juara Piala AFFbuat julung kali pada 2010 selepas mengutip pingat emas di Sukan SEA Laos pada 2009, berkata tawaran itu satu penghormatan bagi dirinya.   

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here