Kuala Lumpur, Dis 21-
Kementerian Sukan dan Belia bersedia mengaturkan kemudahan bagi Bintang muda Sri Abirami yang menempatkan dirinya ke temasya Olimpik Musim Sejuk.
Sri Abirami melakar namanya sebagai atlet luncur ais yang bertaraf dunia, kata Menteri Sukan dan Belia Dato’Sri Reezal Merican.
Menurut sumber media, ayahnya bernama P. Chandran menggadaikan rumahnya serta mengeluarkan sebahagian dari wang Kumpulan Wang Simpanan Pesara (KWSP) bagi anaknya meneruskan latihan di Lekwiya.
Bintang muda, Sri Abirami juga memenangi empat pingat emas dan satu pingat perak dalam dalam sukan luncur ais antarabangsa yang diadakan di Abu Dhabi pada awal tahun ini.
“Bagi saya, ia sesuatu yang sangat mencabar dan mempunyai kesungguhan tinggi. Dedikasi yang didukung oleh Sri Abiramy amat bangga berada di tahap sekarang apatah lagi Malaysia bukanlah negara yang terkenal dengan sukan berkaitan luncur ais,” kata Menteri Belia dan Sukan.
Kerajaan perlu mengesyorkan sokongan dan kemudahan yang sesuai bagi Sri Abirami dan atlet luncur ais yang lain, kata Institut Sukan Negara (ISN). Mereka memerlukan kemudahan yang jauh lebih baik dalam sukan luncur ais ini untuk berlatih.
Pusat Latihan Kebangsaan, Negeri, Tempatan dan Akademik Sukan perlu menjadi tunjang bagi pembangunan bidang sukan, dinyatakan dalam sosial media