39 PENDUDUK GATCO MENERIMA GERAN HAK MILIK

Jempol, Dis 26-

Selepas lebih 42 tahun menanti dan beberapa kali turun naik mahkamah bagi menyelesaikan hak pemilikan tanah ladang Kampung Gatco, 39 penduduk akhirnya menerima geran hak milik tanah ladang berkenaan.

CEO Syarikat Thamarai Holdings Sdn Bhd, Datuk Rena Ramalingam bersetuju untuk memberi secara percuma tanah seluas 1,206 hektar kepada penduduk terbabit.

Penyerahan geran hak milik berlangsung di Pejabat Tanah Bandar Sri Jempol itu adalah kali kedua selepas 139 penduduk kampung berkenaan menerima geran pada Mac lalu.

Penduduk berkata gembira kerana penantian sekian lama memiliki geran hak milik tanah ladang berkenaan menjadi kenyataan.

Majlis penyerahan geran disempurnakan oleh YAB Dato Sri Aminuddin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong.

Hadir sama Pegawai Daerah Jempol, Syahrul Nizam Saleh dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui, Zainal Fikri Abd Kadir.

Sementara itu Teo berkata 81 penduduk lagi akan menerima geran dalam fasa berikutnya selepas urusan berkaitan diselesaikan.

Katanya isu tanah ladang kampung berkenaan sudah diselesaikan dan kini penduduk yang sudah mendapat geran boleh mengusahakan tanah berkenaan.

Pada awalnya kawasan itu dirancang dijadikan ladang getah, namun Gatco menghadapi masalah kewangan menyebabkan projek terbengkalai.

Kerajaan negeri ketika itu kemudian campur tangan sebelum memutuskan setiap penduduk atau peneroka asal menerima tanah seluas 4 hektar dan penduduk yang membeli daripada peneroka asal menerima seluas 2 hektar.

Menurut kenyataan sumber media, Jawatankuasa Dato Ravi serta Veerappan cuba menyelesaikan kemelut ini sekaligus tetapi segelintir penduduk masih kurang berpuas hati dan mogok demi menuntut 8 hektar dan menyebarkan berita palsu untuk mengelirukan penduduk lain.   

“Kepada penduduk yang enggan menerima tawaran daripada kerajaan negeri sebelum ini, kita masih sedia berunding dan berbincang bagi menyelesaikan masalah ini sehingga 31 Januari 2021,” kata Teo.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here