KES COVID-19 MELEPASI ANGKA 100,000

Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 melepasi angka 100,000 dengan 100,318 kes dilaporkan sejak wabak itu melanda negara kita.

Selangor terus mendahului dengan 491 kes terbaru diikuti Kuala Lumpur (379), Sabah (249) dan Negeri Sembilan (144) serta negeri-negeri lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan dua lagi kematian terbaru, menjadikan jumlah kematian kini sebanyak 446 kes.

“Sehingga kini, terdapat 102 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 45 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 1,085 lagi pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 81,099 pesakit pulih daripada wabak berkenaan.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat sebanyak 468 kluster dilaporkan termasuk empat kluster baru pada hari ini.

Empat kluster baru tersebut adalah kluster Kebun Baru (Kuala Langat), kluster Sungai Burong (Kuala Selangor), kluster Tapak Bina Jalan Tun (Lembah Pantai, Kuala Lumpur) dan kluster Jalan Pandan (Kuala Lumpur dan Selangor).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here