4 GURU ADA HAJAT HULUR SUMBANGAN

Slim river, Dis 28-

Empat guru Sekolah Tamil Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mengambil inisiatif menubuhkan Skuad Sukarelawan Cikgu bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan.

Mereka adalah J Sivarajan 33,  I Kutty Krishnan, 48 dari SJKT Ladang Lima Blas, Slim River, M Vijaya kumar 34, dari SJKT Bukit Beruntung, Hulu Selagor serta J Mohana 29 yang mengajar di SJKT Ladang Escort, Hulu Bernam.

Kutty Krishnan berkata idea menubuhkan SSC dicetuskan sebelum beliau mempelawa tiga guru yang rakannya untuk menyertai skuad terbabit.

Katanya skuad itu ditubuhkan empat tahun lalu dan dana kewangan diperoleh daripada potongan gaji mereka sebanyak RM 50 sebulan.

“ Penerima yang dikenal pasti terdiri daripada orang miskin yang diberikan bantuan barangan keperluan asas bernilai RM 200 sekeluarga,”  katanya ketika ditemui di sini. Sementara itu, Sivarajan berkata sumbangan kecil daripada gaji seorang guru tidak sekali kali menjejaskan pendapatan mereka, malah menimbulkan rasa keinsafan.

Inilah salah satu kaedah untuk mendekati masyarakat setempat yang boleh memberi impak positif dalam jangka panjang.

“Usaha kami itu diharapkan mampu membuka mata masyarakat bahawa nilai murni yang terdapat pada seorang guru masih menebal”

Beliau berkata, usaha itu di harapkan mampu mengurangkan beban golongan kurang mampu bagi meneruskan kelangsungkan hidup mereka seharian.   

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here