KELUARGA GANESH MENGUCAPKAN TERIMA KASIH

GANESH MENGUCAPKAN TERIMA KASIH

Georgetown, Dis 28-

Keluarga yang diketuai pengawal keselamatan berusia 34, Ganesh mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas kemurahan hati mereka.

Ganesh dan isterinya bersama tiga beranak terpaksa tinggal dalam kereta Proton Saga selama lapan bulan dan menggunakan tandas awam untuk mandi dan membersihkan diri selama lebih setengah tahun, memaklumkan agensi berita bahawa beliau dan keluarganya tidak pernah terfikir untuk berasa begitu gembira apabila menggunakan bilik air mereka sendiri selepas menerima kunci sebuah unit kediaman di Flat Rifle Range, Ayer Itam di sini pada 26 Disember lepas.

Beliau melafazkan penghargaannya kepada kerajaan Pulau Pinang kerana meluluskan permohonananya untuk menghuni di sebuah unit Projek Perumahaan Rakyat (PPR).

Beliau turut berterima kasih kepada Persatuan Hindu Pulau Pinang serta pihak media kerana memberikan liputan meluas mengenai nasib yang menimpa keluarganya sehingga menarik perhatian ramai di seluruh negara.

“Akhir sekali, saya tidak mampu menzahirkan dengan kata-kata betapa saya amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah membantu saya dan keluarga ketika kami berdepan dengan kesulitan hidup seperti ini” katanya kepada Presiden PHA, P. Murugiah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here