LARANGAN BAGI MEMASUKI KUIL SRI MARATHANDAVAR.

Maran, Dis 28-

Ahli – ahli jawatankuasa Kuil Sri Marathandavar kurang berpuas hati apabila  hanya 77 ahli jawatankuasa sahaja dibenarkan menghadiri Mesyuarat Tahunan serta pilihanraya yang ke-55 semalam di kuil tersebut di Maran, Pahang.

Kuil Sri Marthandavaar merupakan salah sebuah kuil yang popular di kalangan penganut Hindu di seluruh Malaysia.

Seramai 150 ahli jawatankuasa yang menerima jemputan untuk menghadiri pilihanraya tersebut tetapi hanya 77 ahli sahaja yang dibenarkan bagi mengundi dalam pilihanraya semalam.

Ahli – ahli yang tidak dibenarkan memasuki kuil berhimpun di luar pintu kuil diarahkan keluar oleh pihak polis Pasukan Simpanan Persekutuan.

Tindakan Timbalan Penguasa Polis Daerah Maran Deputi Superintendan (DSP) Norzamri Abdul Rahman mengarahkan ahli jawatankuasa berundur dan akan mengambil tindakan  jika tidak mematuhi arahan tersebut menghebahkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli –ahli jawatankuasa kuil tersebut.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here