KERENTANAN BAHASA TAMIL DI TINGKATAN ENAM

Pengajaran bahasa Tamil di sekolah-sekolah di Malaysia kini menjadi satu persoalan dan amat membimbangkan masyarakat India.

Di beberapa daerah tingkatan enam dimulakan sebagai Kolej Tingkatan Enam dengan syarat seorang guru akan ditugaskan bagi 15 orang murid yang berdaftar untuk mengikuti subjek bahasa Cina dan bahasa Tamil.

Bahasa Tamil mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar dilunturkan sejak lebih dua alaf.

Bahasa Tamil  merupakan bahasa klasik yang ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil di India selatan,Sri Lanka, Malaysia dan Singapura.

Daerah- daerah di Selangor seperti Klang, Kuala Langat, Petaling Jaya mempunyai guru-guru bekerja penuh masa untuk mengajar subjek bahasa tamil.

Malah terdapat juga daerah-daerah yang mendaftar kurang daripada 15 orang murid untuk meneruskan pembelajaran subjek Tamil. Fenomena ini menjadi kerentanan bagi bahasa Tamil untuk terus melanjutkan hayatnya di alam Melayu.

Hal ini menjadi suatu alasan bagi prinsip pendidikan untuk memperhentikan kelas tamil di peringkat tingkatan enam di sekolah.

Tidak wajar menolak permintaan pelajar tingkatan enam mempelajari bahasa Tamil mencabar aktivis Tamil. Menurut sumber kenyataan, ada juga pihak sekolah turut menasihati pelajar-pelajar India supaya menggugurkan subjek yang tiada dalam jadual kelas amat mengeruhkan situasi ini lagi.

 Bahasa Tamil ialah salah satu bahasa klasik di dunia dengan sejarah yang menjangkaui lebih 6000 tahun dan hasil sastera yang berusia lebih 2000 tahun.  Asal-usul bahasa Tamil sukar untuk mengukur  dan sasteranya secara tepat, namun bahasa ini berkembang dan mekar di India sebagai bahasa berdikari yang kaya dengan sastera. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here