PEMAIN TERBAIK ABAD 21, CHRISTIANO RONALDO

Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai pemain abad ini di Anugerah Globe Soccer di Dubai pada Ahad.

Mengalahkan Leo Messi dari Barcelona dan pemain Liverpool, Mohamed Salah, Ronaldo terpilih pemain terbaik abad ke-21 oleh 23 juri, termasuk jurulatih dan bekas pemain serta undian peminat dari seluruh dunia.

Pemenang lima kali Liga Juara-Juara UEFA (empat bersama Real Madrid, satu bersama Man United) memimpin pasukan kebangsaan Portugal memenangi gelaran utama pertama mereka, UEFA EURO 2016.

Ronaldo, yang juga kapten Portugal, menjaringkan 102 gol untuk negaranya.

Beliau merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris bersama The Red Devils selama tiga tahun berturut-turut (2007, 2008 dan 2009).

Bersama Juventus sejak 2018, Ronaldo menjadi juara Itali dua kali ketika menjaringkan 81 gol dalam 103 perlawanan untuk kelab Itali itu.

Bintang sensasi itu turut meraih dua anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA, lima anugerah Ballon d’Or, dan tiga kali dipilih sebagai pemain terbaik UEFA di Eropah.

Dalam acara sama, Real Madrid dinobatkan sebagai Club of the Century, sementara pengurus Manchester City Pep Guardiola memenangi gelaran Coach of the Century dan penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski menjadi Pemain Terbaik Tahun 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here