Shah Alam, Dis 29-
Jabatan kerja raya (JKR) tidak seharusnya bersikap double standard susulan insiden kemalangan membabitkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Ahad.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kuala Langat Mohd Shah Rezza Mohd Tuniman berkata JKR Ulu Langat perlu lebih adil dengan pengguna lalu lintas lain yang sebelum ini pernah terlibat dengan kemalangan di kawasan seliaan mereka.
“Saya ingin menegaskan bahawa tidak perlu double standard kepada mana-mana menteri yang terlibat kemalangan jalan raya kerana mereka mendapat keistemewaan pengecualian cukai jalan. Sebaliknya rakyat biasa adalah pembayar cukai setiap tahun dan berdiam diri bila kemalangan menimpa mereka” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, JKR Kuala Langat menerusi ciapan di twitter memohon maaf kepada khairy yang terjatuh basikal dipercayai akibat terlanggar jalan berlubang berhampiran Kampung Sri Cheeding, Banting.
Khairy pada Ahad memuat naik hantaran di akaun Instagram peribadinya berhubung kecederaan dialaminya dalam kemalangan itu yang menyebabkan beliau terhumban ke dalam parit.