Butterworth, Dis 31-
Bangunan usang Majlis Perbandaran Sungai Patani bertingkat lima di Butterworth kini menjadi tempat perlindungan bagi beberapa gelandangan di kawasan tersebut.
Mereka terdiri daripada dua keluarga berbangsa India, sebuah keluarga dari Myanmar serta sebuah keluarga daripada Sabah.
Menurut Presiden Persatuan Malaysia Hindu Butterworth K.Shanamuganathan, bahawa pernah pelbagai bantuan dan kemudahan seperti makanan dan tepung susu dihulurkan kepada keluarga yang tinggal di situ.
Devi Singan berumur 28, bersama anaknya berusia satu tahun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri. Penghuni yang kurang bernasib baik mengadu bahawa pernah ramai orang mengambil gambar mereka tetapi masih tidak dapat menyelesaikan masalah kami.
Malah Devi juga berasa puas hati dan lega menghuni di banguan usang itu kerana tidak perlu bersusah payah untuk membayar sewa rumah yang tidak dapat menampung.