JALAN ROSAK AMBIL TINDAKAN SEGERA

Klang, Dis 31-

Penduduk menggesa supaya pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera berhubung isu jalan rosak bagi mengelak berlakunya kemalangan yang boleh mengorbankan nyawa.

Salah seorang penduduk, R. Ramasamy, 54, berkata dia sudah beberapa kali membantu mangsa kemalangan di kawasan Taman Emas tersebut.

“ Masalah jalan rosak ini berlaku sejak setahun lalu dan menyebabkan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal terlibat kemalangan.

“ Kejadian ini kebanyakkannya berlaku pada waktu malam kerana mangsa terlanggar lubang lalu terbabas,” katanya yang menetap di situ sejak 30 tahun lalu.

Dalam pada itu, datuk kepada dua cucu itu berkata keadaan jalan tersebut sememangnya agak gelap biarpun ada lampu yang kadang kala tidak berfungsi.

“ Saya berharap pihak berwajib segera membaiki laluan tersebut yang mengundang bahaya kepada pengguna,” ujarnya.

Bagi penunggang motosikal, Mohd. Asyraf Syawal, 29 masalah jalan itu perlu segera diatasi kerana mengancam nyawa terutama pengguna dari luar daerah ini.

“Bagi yang kerap menggunakan laluan ini, mereka mungkin sudah mengetahui keadaan jalan tersebut. Tetapi bagi orang luar daerah ini mereka tidak tahu keadaan jalan di sini,”katanya yang menetap di pelabuhan klang.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here