SUNTIKAN VAKSIN COVID 19- KAMALA HARRIS

Washington, Dis 31,

Bakal Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris mendapat suntikan vaksin Covid- 19 beliau secara langsung menerusi televisyen pada Selasa dan menggesa orang ramai untuk menyakini proses suntikan vaksin itu.

Harris yang memakai pelitup muka menerima dua suntikan itu United Medical Center terletak di sebuah kawasan di Washington, DC dengan jumlah penduduk Afrika- Amerika yang ramai.

“ Saya ingin menggalakkan semua untuk mendapatkan vaksin. Ia tidak sakit, mudah dan selamat”, kata beliau setelah menerima vaksin dihasilkan firma AS, Moderna.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here