HELIKOPTER TERHEMPAS DI ZON BEBAS PELABUHAN KLANG

Pelabuhan Klang, Jan 2-

Pada kira-kira 10 pagi Jumaat, sebuah helikopter ringan jenis Robinson R66 Turbine milik sebuah syarikat di Subang dilaporkan terhempas ketika cuba melakukan latihan ‘hovering’ di sebuah kawasan lapang berhampiran Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Dalam kejadian itu, juruterbang berumur 73 tahun dan pembantu juruterbang berusia 53 tahun, cedera ringan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi rawatan susulan.

Helikopter terhempas di kawasan tanah lapang milik persendirian dipercayai sedang membuat latihan penerbangan di Jalan PKFZ Pulau Indah, Pelabuhan Klang pada pagi Jumaat.

Helikopter yang terhempas ketika cuba melakukan pendaratan di sebuah kawasan lapang berhampiran Zon Bebas Pelabuhan Klang, Pulau Indah pada Jumaat dilihat terbang pada paras agak rendah oleh beberapa penduduk kampung berkenaan.

Seorang penduduk Kampung Perigi Nenas yang terletak berhampiran kawasan kejadian, Abdul Hamid Ahmad, 44, berkata, pada kira-kira 9.40 pagi, beliau melihat helikopter berkenaan terbang di kawasan kuarters kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang setinggi lima tingkat.

“Ia terbang tinggi sedikit sahaja daripada kuarters itu. Keadaan pada masa itu agak berangin dan mendung, helikopter itu terbang agak rendah tetapi ia tidak nampak seperti akan terhempas,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here