BANJIR DI KUIL SRI MARATHANDAVAR.

Maran, Jan 4-

Kuil sri Marathandavar, Maran dinaiki air susulan hujan berterusan sejak seminggu  kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.

Banjir yang melanda hari pertama tahun 2021, turut melanda beberapa kawasan di daerah itu iaitu Kampung Sri Jaya, Taman Maran Jaya, Kampung Ulu Luit, Kampung Bak Bak, Taman Maran Damai dan Felda Bukit Tajau.

Banjir hampir mencecah paras separuh selepas hujan selama dua hari.

“Maran adalah antara daerah yang teruk dilanda banjir kali ini sehingga beberapa jalan di bandar berkenaan juga tidak dapat digunakan susulan dinaiki air, pengangkutan harus diberhentikan dan anggota bomba memindahkan mangsa yang terjejas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JBPM Pahang di sini semalam.

 

Menurut G Ramakrishnan, Ketua Kuil Sri Maha Mariamman berkata  kenaikan paras air dari Sungai Jering menjadi punca  banjir di kuil tersebut.  

 

Setiausaha Kuil Sri Maranthandavar,  Tamilselvam berkata di persekitaran kawasan kuil paras air naik setinggi 6 kaki serta di dalam kuil parasnnya setinggi 3 kaki.

Nilai kerosakan harta kuil berkemungkinan sejumlah 50 ribu. Bencana berkenaan di kuil menjadi satu kelaziman  setiap tahun bagi pengurus Kuil Sri Marathanvar.  

Bagaimanapun, Wan Mohammad Zaidi berkata tinjauan pihaknya mendapati situasi banjir di daerah itu semakin pulih pada sebelah petang berbanding waktu pagi susulan air mulai surut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here