Bagan Serai, Jan 4-
Ahli Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Jenis Kebangasaan (Tamil ) Bagan Serai dan Persatuan Alumni sekolah berusaha pendekatan yang berbeza iaitu pergi ke rumah ke rumah untuk mendaftar anak-anak ke sekolah Tamil.
Dalam konteks pembukaan sekolah bagi sesi 2021, Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan dibuka pada 20 Jan mengikut takwim yang diumumkan.
Guru besar sekolah Bagan Serai Raman A/L Krishanan berserta dengan Penolong Guru besar Parimalam A/P Palaraman mara rumah ke rumah untuk berkempen menghantar anak-anak ke sekolah Tamil, kata Yang dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru,(PIBG) Mohanaraj A/L Subramaniam dan Presiden Persatuan Alumni Sekolah Thurairaj A/L Thandayuthabani .
Kemaslahatan mendaftar anak-anak ke sekolah Tamil diulaskan dalam kempen berkenaan dan ibu bapa turut menzahirkan luahan hati sebab menghantar anak-anak ke sekolah berbahasa lain. PIBG menggunakan peluang keemasan ini untuk menjelaskan pembangunan yang mampan yang memenuhi keperluan murid-murid generasi masa kini harus disemai di kalangan masyarakat India dan pelestarian sekolah Tamil yang harus ditunjang oleh kaum India.
Setelah berunding bersama ibu bapa di kawasan itu, PIBG juga dapat merasa sebab ibu bapa mempunyai tanggapan yang palsu berkenaan sekolah Tamil.
Ibu bapa turut menuding bahawa anak-anak mereka yang belajar di sekolah berbahasa lain tidak dapat mengikuti subjek-subjek yang diajar dalam bahasa tertentu maka ia menjejaskan kecemerlangan murid dalam peperiksaan.
Sebagai hasil perbincangan pendaftaran anak-anak ke sekolah Tamil memastikan pembelajaran pendidikan asas dengan lengkap dapat disuntik kepada ibu bapa. .