Kami bincang banyak benda, SU akan keluar kenyataan – Muhyiddin

“SU (Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin) will issue a statement, we discussed so many things.”

Itu jawapan ringkas Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada wakil media selepas beliau selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di sini malam tadi.

Perdana Menteri keluar dari Bangunan Yayasan Selangor yang menempatkan Ibupejabat Bersatu kira-kira 11.55 malam dan disorak oleh ahli-ahli parti yang menunggunya sebelum menaiki kenderaannya.

Muhyiddin enggan mengulas lebih lanjut intipati yang dibincangkan dalam mesyuarat yang bermula sejak 8.30 malam itu.

Terdahulu ketika beliau keluar dari lif, penyokong dan ahli-ahlinya yang berkumpul di lobi menyorak ‘Hidup Tan Sri’ berulang kali sebelum Muhyiddin memberi reaksi dengan melambai ke arah penyokongnya.

Difahamkan Hamzah yang turut menghadiri mesyuarat itu walaupun kehadirannya gagal dikesan di Yayasan Selangor sejak petang tadi.

Selepas itu kepulangan Muhyiddin, para pemimpin Bersatu lain juga mula meninggalkan Yayasan Selangor dan tidak ada seorang pun mahu mengulas mengenai mesyuarat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here