KES BARU COVID 19,  3027  TAHAP YANG KEMUNCAK

Penularan wabak Covid-19 semakin genting di negara ini dengan 3,027 kes baru dilaporkan setakat ini. Semalam, Malaysia merekodkan 2,593 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu sekali gus menyaksikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini berada pada 25,742 kes manakala jumlah keseluruhan kes pada 128,465.

Semalam, dia memberi peringatan mengenai keadaan wabak Covid-19, dengan mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih “disasarkan” untuk mengurangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan.

Katanya, sistem penjagaan kesihatan kini bergelut dengan pertambahan jumlah pesakit dan sedang berada pada “tahap genting” 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here