MAJIKAN WAJIB BIAYAI SEMUA KOS VAKSIN PEKERJA

Kuala Lumpur, Jan 7-

Majikan diwajibkan membiayai semua kos suntikan vaksin COVID-19 untuk pekerja, termasuk ujian pengesanan jangkitan wabak itu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata perkara itu selaras Seksyen 24J 99(f) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Beliau berkata, ia susulan arahan kerajaan berdasarkan seksyen 11 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta ) 342.

Akta ini menetapkan semua pekerja asing perlu menjalani ujian saringan COVID -19, dengan majikan menggung kos dan caj bagi ujian berkenaan,” katanya dalam satu ujian semalam.

Mengulas lanjut, Saravanan memaklumkan bahawa mulai 11 Januari ini, pasukan Task force Program Saringan Kesihatan COVID-19 akan melaksanakan operasi khas ke tempat majikan yang menggaji pekerja asing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here