PERTIKAIAN ISU PENJUALAN TAYAR BERAKHIR DENGAN PEMBUNUHAN.

PUCHONG, Jan 7-

 Perselisihan faham berhubung isu jual beli tayar disyaki menjadi punca seorang lelaki warga emas dibunuh, mayatnya disumbat dalam but sebuah kereta Volvo di Taman Wawasan di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa berusia 70 tahun dilaporkan hilang sejak 31 Disember lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan penemuan mayat itu ketika dihubungi.

“Keluarganya memaklumkan bahawa berlaku transaksi kad kredit milik mangsa di sebuah pasar raya di Kuala Klawang, Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Beliau berkata, susulan laporan itu, seorang lelaki, berusia 40 ditahan di sebuah pasar raya di Kuala Klawang, Sabtu lalu.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada persengketaan berhubung isu jual beli tayar dianggarkan bernilai RM1,100,” katanya.

Menurutnya, suspek yang ditahan adalah seorang ahli perniagaan yang juga pemilik sebuah bengkel kereta.

Jabatan Bomba dan Penyelamat memberikan bantuan untuk membuka but kereta.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here