SEKOLAH TAMIL PJS 1.

Bangunan sekolah baharu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) PJS1 yang hampir siap sepenuhnya yang dibina di negeri Selangor ini merupakan SJK (T) ke-530 di Malaysia dan akan dilengkapi dengan 24 bilik darjah beserta lain-lain kemudahan.

Jumlah kos keseluruhan bagi projek pembinaaan sekolah ini adalah RM19.62 juta.

Ibu bapa teruja serta tidak sabar melihat anak mereka menimpa ilmu di sekolah itu.  

Pada 22 Januari 2012, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun  Razak telah mengumumkan kesediaan kerajaan dalam membina 6 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) baharu di Malaysia. Antara sekolah-sekolah yang diumumkan ialah SJK(T) Taman Keladi (Sungai Petani) Kedah, SJK(T) Heawood (Sg.Siput) Perak, SJK(T) Taman Sentosa (Klang) Selangor, SJK(T) Taman PJS1 (Petaling Jaya) Selangor, SJK(T) Bandar Mahkota Cheras (Hulu Langat) Selangor dan SJK(T) Bandar Seri Alam di Masai, Johor.

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan P  Kamalanathan melawat bangunan sekolah baharu SJKT PJS 1 yang dibina di negeri Selangor .

P Kamalanathan mengimbau perjanjian yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri sewaktu manifesto barisan nasional kepada masyarakat India sewaktu tempoh pentadbiran menghadapi pilihanraya.

Syukur telah selesai ditunaikan dan tersergam indah sekolah baharu ini. Beliau juga berterima kasih kepada Dato Sri Mahdzir Khalid, Mantan Menteri Pendidikan dalam merealisasikan impian kerajaan BN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here