ADAKAH ANDA BERMINAT MENJADI PEGAWAI BANCI?

Putrajaya, Jan 12-

Jabatan perangkaan masih memerlukan seramai 10,000 lagi pegawai banci untuk melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020) fasa kedua secara bersemuka menerusi kunjungan rumah ke rumah bermula 20 Januari hingga 6 Februari ini.

Ketua perangkaan dan juga pesuruhjaya banci 2020 Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, mereka akan bersama-sama 43,000 pegawai banci yang telah dilantik untuk pelaksanaan banci tersebut.

“Setiap seorang pembanci perlu membuat bancian anggaran 100 buah rumah dalam tempoh tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Mohd Uzir berkata, mereka akan dibayar elaun RM 1 600 dalam tempoh sebulan. Pelaksanaan itu untuk melakukan temu ramah penduduk secara bersemuka di seluruh negara melibatkan kira-kira 24.1 juta penduduk dengan 6.1 juta tempat kediaman.

“Untuk memastikan pegawai banci yang terlibat benar-benar berkeupayaan, mereka diberikan latihan selama empat hari dalam kumpulan kecil yang dibuat di kawasan daerah masing-masing selain latihan secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata mereka yang berminat termasuk dalam kalangan penjawatan awam dengan kebenaran pengurusan tertinggi masing-masing boleh membuat permohonan hadir di  Jabatan Perangkaan Negeri atau hubungi hotline 1-800-88-7720 seprti tertera di portal www. mycencus.gov.my

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here