DISEBALIK TIRAI PENGISYTIHARAN DARURAT

KUALA LUMPUR – Pakar ekonomi  dan Penganalisis politik, Profesor Yeah Kim Leng bersetuju bahawa kerajaan tidak perlu mengisytiharkan darurat untuk memerangi wabak Covid-19, dengan mengatakan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) lebih dari cukup untuk melindungi orang ramai .

Profesor Yeah Kim Leng memberitahu  bahawa keadaan darurat yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kebenaran Yang Dipertuan Agong dipandang secara negatif kerana darurat tidak dapat merungkai masalah peningkatan kes Covid-19.

Menurutnya Darurat ini mempunyai motif politik kerana Kerajaan  menghadapi tekanan dari parti pembangkang.

“Selain daripada risiko politik di bawah pengisytiharan  darurat, negara kita  akan dipantau oleh para pelabur asing dengan wujudnya suatu reaksi khas di pasaran kewangan” kata ahli akademik itu. Beliau juga menambah bahawa peraturan darurat ini tidak berasaskan pada fungsi pasar dan ekonomi .

Beliau juga memberi amaran bahawa kelanjutan darurat akan memberi kesan   buruk terhadap sistem kewangan Malaysia. Ia akan mencipta suatu senario yang ketidakpercayaan rakyat terhadap ketidaktentuan dan ketidakstabilan politik.

Namun, Yeah menyatakan bahawa pelabur asing dan domestik akan memahami keadaan dengan lebih baik dan tidak mungkin bertindak balas secara negatif dalam jangka pendek, tetapi menimbulkan kebimbangan dalam jangka masa panjang.

Ahli Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun memberi amaran bahawa pengisytiharan darurat itu disalahgunakan oleh gabungan pemerintah kerana tafsirannya yang meluas . Saya percaya pengisytiharan darurat dapat dianggap bertentangan dengan usaha memerangi wabak.

” Dia percaya bahawa pengisytiharan darurat itu hanyalah langkah awal Muhyiddin untuk menghentikan sebarang cabaran politik dari ahli parlimen UMNO dan juga pembangkang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here