KPDNHEP MEMBENARKAN 16 SEKTOR AKTIVITI SEWAKTU PKP

Kuala Lumpur, Jan 13-

Sebanyak 16 aktiviti bagi sektor perdagangan dan pengedaran di bawah kawal selia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan enam negeri bermula hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata ia membabitkan

  1. kompleks membeli-belah
  2. Pasar raya atau pasar raya besar,
  3. departmental store’,
  4. farmasi atau penjagaan diri
  5. kedai serbaneka atau mini mart
  6. dobi (tidak termasuk layan diri)
  7. restoran dan kedai perabot.
  8. kedai emas
  9. kedai elektrik dan elektronik
  10. kedai buku dan alat tulis
  11. kedai perkakas
  12. makanan haiwan
  13. bengkel kenderaan
  14. penyelenggaraan dan alat ganti
  15. pusat pengedaran dan jualan kereta
  16. kedai runcit pengkhususan lain seperti di stesen minyak.

“Sehubungan itu sektor perdagangan dan pengedaran yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, perlu mendapatkan surat notifikasi pengesahan pendaftaran.

“Syarikat yang menjalankan aktiviti perdagangan dan pengedaran termasuk peruncitan, pemborongan dan pengedaran boleh memohon surat notifikasi pengesahan pendaftaran dengan mengakses portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS), MITI melalui pautan https://notification.miti.gov.

Pada masa sama, Alexander berkata, syarikat sektor perdagangan pengedaran yang belum berdaftar dengan CIMS, boleh berbuat demikian melalui pautan pautan https://notification.miti.gov dan surat notifikasi pengesahan pendaftaran boleh dimuat turun oleh syarikat selepas pendaftaran.

Beliau berkata, pihaknya juga mengingatkan syarikat yang dibenarkan beroperasi turut memastikan hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat.

“Sementara pekerja dalam kumpulan sokongan atau operasi akan ditentukan oleh majikan masing-masing serta memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Untuk maklumat lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5903 atau melalui emel kepada spip@kpdnhep.gov.my,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here