PASAR MALAM , GUNTING RAMBUT ANTARA DILARANG BEROPERASI

Putrajaya, Jan 13-

Penduduk di enam negeri sekali lagi berdepan dengan pelbagai sekatan ekonomi, sosial, sukan, rekreasi dan pelancongan.

“Semua penduduk dalam kawasan PKP juga tidak dibenarkan keluar dari kediaman mereka kecuali atas urusan tertentu,kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob   pada sidang akhbar mengenai isu PKP di sini semalam.

Bagaimanapun hanya dua orang dibenarkan kelur untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat dan keperluan asas lain dalam radius tidak lebih 10 kilometer dari rumah.

Aktiviti ekonomi operasi pasar malam, bazar larut malam, kedai pakaian, dobi layan diri, cermin mata, gunting rambut, salon, spa dan refleksologi adalah dilarang.

Selain itu, turut dilarang tuisyen, kelas muzik, tarian, seni mengaji, bahasa dan sebagainya selain aktiviti hiburan meliputi kelab malam, pub, taman tema, karaoke, family, permainan dan pawagam.

Tidak ketinggalan ditengahkan ialah konsert, mesyuarat bersemuka agensi kerajaan atau swasta, seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, konvensyen dan pameran.

Majlis sosial seperti kenduri, perkahwinan, pertunangan, resepsi, aqiqah, doa selamat, tahlil, ulang tahun tertentu, hari kelahiran, reunion, dan retreat juga tidak boleh,” tegas ismail Sabri Yaakob.    

Begitu juga aktiviti riadah termasuk menganjur kejohanan atau pertandingan sukan atau melibatkan peserta luar Negara serta ramai yang sukar dikawal jarak fizikal kecuali jogging dan berbasikal.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here