SEJARAH DARURAT MALAYSIA

  1. DARURAT TANAH MELAYU (1948-1960)

Selepas tentera Jepun menyerah kepada British pada 15 ogos 1945, anggota Parti Komunis Malaya (PKM) mengambil kesempatan keluar dari hutan dan bertindak ganas terutama dalam tempoh seminggu ‘kekosongan kuasa’ disebabkan tentera British belum tiba di Tanah Melayu.

Pembunuhan tiga pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak pada 1948 menyebabkan Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat.

  1. DARURAT KONFRONTASI (1964)

Pada 3 September 1964 bekas Perdana menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj mengisytiharkan darurat susulan pencerobohan tentera Indonesia.

  1. KRISIS PERLEMBAGAAN SARAWAK (1966)

Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat di Sarawak pada 14 September 1966 bagi menyingkirkan Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menterinya selepas 21 daripada 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan beliau.

  1. PERISTIWA 13 MEI (1969)

13 Mei tahun 1969 menjadi peristiwa hitam buat seluruh negara apabila insiden rusuhan kaum berlaku. Kerajaan mengisytiharkan darurat pada 15 Mei 1969 ketika Parlimen sudah dibubarkan.

  1. DARURAT KELANTAN (1977)

Darurat diisytiharkan di Kelantan pada 8 November 1977  hingga Februari 1978 akibat rusuhan politik di Kelantan  setelah Mohamad Nasir ketika itu enggan  meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

  1. DARURAT JEREBU (1997,2005, 2013)

Pada tahun 1997, 2005 dan 2013, darurat diisytiharkan di wilayah tertentu di Sarawak, Selangor dan Johor ketika Indeks Pencemaraan Udara (IPU) merekodkan status sangat tidak sihat dengan lebih 500 bacaan.

  1. DARURAT PARLIMEN BATU SAPI, SANDAKAN, SABAH. (2020)

Pada 18 November,  Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi sekali gus menghalang Pelaksanana Pilihan raya Kecil (PRK) di parlimen ekoran penularan covid-19

  1. DARURAT PARLIMEN GERIK, DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) BUGAYA, SEMPORNA (2020)

Yang di Pertuan Agong berkenan mengisytiharkan darurat di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Bugaya, Sabah pada 16 Disember2020 juga kerana wabak covid-19

  1. DARURAT WABAK COVID-19 DI MALAYSIA. (2021)

Yang Dipertuan Agong semalam berkenan isytiharkan darurat di seluruh negara sehingga 1 Ogos tahun ini sebagai langkah proaktif membendung wabak covid-19

 

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here