BANTUAN PRIHATIN NASIONAL FASA 2.0

Kementerian Kewangan mempercepatkan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2 (BPN 2.0) berjumlah 2.38 bilion kepada seramai 11.06 juta penerima yang layak  yang terdiri daripada 10.6 penerima BPN dan selebihnya pendaftar yang baru.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mengatakan pembayaran kepada penerima B40 dan M40 akan dikreditkan dalam akaun masing-masing mulai 21 Januari dan 25 Januari.

Mereka yang tidak mempunyai akaun bank boleh memperolehi bayaran dari cawangan Bank Simpanan Nasional tertakluk kepada prosedur operasi standard bank katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi penerima Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai akaun bank dia mengatakan pembayaran akan dibuat mulai Februari hingga April di lokasi yang akan diumumkan akhir bulan ini.

Tengku Zafrul Aziz berkata 460,000 penerima baru telah diluluskan dalam tempoh permohonan dan rayuan pada bulan Oktober hingga November tahun lalu.

Kelulusan  boleh diperiksa mulai 15 Januari di portal rasmi BPN http://bpn.hasil.gov.my. BPN 2.0 adalah sebahagian daripada Pakej Inisiatif  Tambahan (KITA PRIHATIN) bernilai 10 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhamaad Yassin pada 23 September tahun lalu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here