KORBAN NYAWA SELAMATKAN ADIK

Batu Pahat, Jan 15-

Berkorban nyawa remaja berusia 16 tahun lemas selepas menyelamatkan adiknya yang sebelum itu terjatuh ke dalam parit di Jalan Taman Manis 6, Parit Raja di sini, lewat petang pada 13 Jan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa Muhammad Naqiuddin Adnan sempat membawa adiknya naik ke tebing parit tetapi dia hanyut dibawa arus deras selepas itu.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama adik dan empat rakan mereka sedang mandi-manda di parit berkenaan.

Komander operasi balai bomba dan penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Mohamad Salikin berkata, bomba menerima panggilan kecemasan mencari dan menyelamat di air pada pukul 5.17 petang.

Mohamad Shamin berkata, mangasa ditemukan pada jarak lima meter di dasar parit pada pukul 8.47 pagi semalam dari lokasi awal mangsa dilaporkan jatuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here