PRESMA RAYU KELONGGARAN KEPADA RESTORAN

Sejumlah 4 200 ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) iaitu pemilik restoran di enam negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan terkesan dengan pelaksanaan itu.

Presiden Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, hari pertama PKP 2.0 semalam mendapati perniagaan merosot sehingga mencecah 80 peratus, sekaligus menjejaskan pendapatan ahli.

Kami sedih dan kecewa kerana terdapat ramai ahli terpaksa gulung tikar akibat PKP sebelum ini. Keadaan ini memberikan sedikit kegusaran kepada peniaga apabila PKP 2.0 dilaksanakan.

Selain itu, PRESMA juga memohon waktu operasi dilanjutkan dari jam 6 pagi hingga 8 malam kepada jam 10 malam bagi membolehkan orang ramai dapat membungkus makanan  pada waktu malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here