PUNCA KEWANGAN MENJADI CABARAN KIRROSHINE MENGECAPI CITA-CITA

Petaling Jaya, Jan 15-

Hanya ada satu tahun lagi untuk menghabiskan pengajian ijazah perubatan, tetapi Kirroshnie, 26 tahun bersemuka dengan masalah kewangan.  Dana keluarganya semakin merosot setelah ayahnya terlantar sakit pada tahun 2017.

Pada tahun 2017, ayah Kirroshine yang membantu untuk pengajian yang bekerja sebagai pengedar perubatan untuk farmasi dan klinik mengalami strok dan menjejaskan kesihatan secara mental dan fizikal.

“Dia tidak boleh memandu malah berjalan. Keadaannya bertambah buruk setelah mengalami epilepsi sehingga ada risiko mengalami sawan” kata Kirroshine.  

Ibunya mengambil langkah proaktif dengan mengumpul wang  dengan menjual buku di sekolah. Tetapi sekatan pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghentikan pendapatan keluarga mereka. Keluarga ini sekarang terpaksa bergantung penuh dengan bantuan kebajikan kurang upaya ayahnya sejumlah RM1,000 sebulan, simpanan dan pinjaman.

Kirroshine setakat ini berjaya mendapatkan pinjaman dan simpanan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti tetapi kini wangnya semakin berkurangan dan Kiroshine tida pilihan lain untuk melanjutkan pelajaran.

Namun Kirroshnie terus mendaftar untuk sesi 2021 tetapi dia berhutang yuran pengajiannya sebanyak  RM30,000 yang terpaksa membayar balik kepada pentadbiran Universiti SEGi. Sebagai beban tambahan,  wang berjumlah RM45,000 untuk tahun 2021 menatap wajahnya, ini termasuk kos penginapan Fakulti Perubatan, di Sarawak.

 “Sekiranya saya dapat menyelesaikannya dan menjadi doktor, ia akan sangat melegakan keluarga saya. Semasa di rumah, gaji elaun sejumlah RM4,000 membantu saya menyara keluarga.

 “Saya telah berusaha meminta bantuan daripada beberapa penaja, segalanya bahkan batu yang dibuang ke dalam perigi.

Ini bukan kali pertama kekangan masalah wang bagi mencapai cita-citanya menjadi seorang doctor.  Pada tahun 2019, dia menangguhkan pengajian kerana  bayaran tungkakan dan terpaksa menangguhkan pengajian selama tiga bulan sambil mengumpulkan wang, akhirnya berjaya membayar sebahagian daripada tunggakan pengajiannya untuk kembali belajar.

Mereka yang ingin membantu Kirroshnie boleh menghantar pesanan WhatsApp di Talian Bantuan FMT di 0193899839.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here