SUASANA MENJADI SEPI

Kuala Lumpur, Jan 15-

Bandar-bandar utama di seluruh negara terutama negeri-negeri yang melaksanakan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) seperti  Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Sabah, Melaka dan Johor sebelum ini sibuk bertukar lengang semalam susulan pelaksanaan arahan kerajaan itu bagi mengekang penularan Covid-19.

Di beberapa kawasan tumpuan seperti Jalan Ampang, Bukit Bintang dan  Pusat Bandar Kuala Lumpur ternyata lengang dengan jumlah kenderaan yang minimum.

Anggota keselamatan mengadakan kawalan di kawasan tumpuan dan sekatan jalan raya di lokasi-lokasi terpilih bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan PKP yang ditetapkan oleh  kerajaan.

Tinjauan di Jalan Tun Abdul Razak dan wong Ah Fook yang menempatkan dua buah pusat beli belah serta Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar di sini mendapati ia sunyi tanpa pengunjung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here