PATUTKAH MENDISKRIMINASIKAN TRANSGENDER?

Perak, Jan 15 –

Tharani Kutty  seorang pembantu menjaga kebersihan di Hospital Perak, juga barisan hadapan memerangi Covid-19 menuduh bahawa majikan, Edgenta UEMS Sdn Bhd mendiskriminasikannya kerana isu transgender.

“Pengurus saya meminta saya menanggalkan pakaian, pakaian dalam dan barang kemas saya. Dia malah meminta saya memotong rambut saya,” kata Tharani kepada media. Dia mengatakan bahawa dia lebih suka memakai pakaian wanita, tetapi pengurusnya telah memaksanya memakai pakaian lelaki ketika di tempat kerja. Pengurus yang berkelakuan kurang sopan terhadap warga transgender turut menggertak pekerja transgender lain di enam buah hospital dibawah pengawasannya,” kata Tharani.

Pengurus itu mengarahkan mereka supaya berhenti kerja jika berpakaian dan mempunyai kecirian sebegitu. “Sementara itu, UEM Edgenta Bhd, mengatakan bahawa ia memandang serius terhadap tuduhan yang dibuat oleh seorang pekerja dari Syarikat bahagian Healthcare Support (HS).

Namun, syarikat itu mengatakan bahawa pihaknya belum menerima aduan berkaitan tuntutan tersebut melalui mana-mana saluran pekerja. Di antara saluran yang disediakan untuk semua pekerja HS adalah PrihatinLine, platform dalam talian untuk pekerja HS untuk berkomunikasi secara langsung dengan pengurusan Edgenta UEMS atau melalui saluran  laman web syarikat.

Selain daripada isu diskriminasi gender, beliau juga menuduh syarikat bahawa tidak membayar gaji bekerja lebih masa atau kerja tambahan.  Menurut Varathan Selvam, ahli Parti Sosialis Malaysia dan pegawai Perhubungan Industri berkata bahawa pekerja-pekerja pembantu hospital seperti Tharani dikelaskan sebagai penjawat awam pada awalnya. Namun, pada tahun 1997, Perdana Menteri,  Tun Dr Mahathir Mohamad mula menswastakan perkhidmatan pembersihan ini.

Dia menambah bahawa pembersih hospital biasanya bekerja shif tujuh jam dengan rehat satu jam. Namun, Edgenta mengubah dasar ini untuk meminta kakitangan bekerja shif lapan jam dengan waktu rehat terhad kepada satu jam. Pembersih dibenarkan makan semasa rehat, tetapi tidak dibenarkan meninggalkan tempat kerja mereka.

Ketika Tharani membawa kes itu ke pengadilan buruh, Varathan bertindak sebagai wakilnya untuk menyokong sebagai pegawai Perhubungan Industri kepada Kesatuan Pekerja Nasional untuk memenangi kes itu.

Mahkamah memerintahkan Edgenta UEMS membayar gaji lebih masa kepadanya untuk tempoh dari Februari hingga Ogos tahun lalu yang berjumlah RM1,211.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here