TIKET AIRASIA BOLEH DITUKAR TARIKH

Kuala Lumpur, Jan 15-

Tempahan penerbangan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan diberi pilihan untuk menukar tarikh penerbangan mereka.

Ia perlu dibuat sebelum 31 Mac 2021, untuk laluan yang sama dan tanpa sebarang bayaran sebarang bayaran tambahan, tertakluk kepada ketersediann tempat duduk.

Airasia berkata untuk perjalanan penting sepanjang tempoh berkenaan tetamu perlu mendapatkan kebenaran yang sah daripada pihak polis diraja Malaysia sebelum berlepas.

Para tetamu juga perlu mematuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh negeri-negeri tertentu,” katanya.

Airasia berkata, pelanggan yang terjejas akan segera dimaklumkan melalui e-mel dan mesej pesanan ringkas mengenai pilihan yang ditawarkan kepada mereka.

Penukaran tarikh penerbangan boleh dibuat di support.airasia.com.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here