BAPA INDUSTRI GETAH MENDAPAT ANUGERAH DI KERALA, INDIA

Saintis getah Tan Sri Dr. B.C. Sekhar mendapat pengiktirafan kehormat dari negeri Kerala di India.

Sebagai Saintis penyelidikan getah yang terkemuka di dunia, legasinya diberi penghormatan yang wajar selepas namanya diberi untuk sebuah Fakulti Sains dan Teknologi baharu dalam Universiti di Kerala, India. Langkah itu, dibentangkan semasa pembentangan 2021-2022 Kerala baru-baru ini oleh Kementerian Kewangan Negeri.

Fakulti-Fakulti baharu berkenaan akan dinamakan sempena tokoh-tokoh serta cendekiawan saintifik terkemuka dari Kerala atau berketurunan Kerala, termasuk Sekhar.

Sumbangan besar mendiang Tan Sri Sekhar kepada Industri Getah Malaysia sama ada di dalam mahupun di peringkat global agak besar.

“Tidak dapat disangsikan, Sekhar merupakan perintis dan ‘bapa’ Industri Getah Malaysia. Terlalu banyak sumbangan yang dibuatnya kepada negara,” kata Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan Dan komoditi , Datuk Ravi Muthayah.  

 Di peringkat Malaysia pula beliau telah dianugerahkan beberapa anugerah antarabangsa sebagai pengiktirafan kepada sumbangan Sekhar dalam Indusri Getah dan komoditi keseluruhannya.

Usaha beliau yang tidak ada penamat melalui Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) telah membawa industri getah Malaysia ke pentas antarabangsa.

Menurut butir-butir legasi, beliau menjadi pengarah pertama RRIM Malaysia pada thaun 1966 dan mengetuai selama 21 tahun sehingga persaraannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here