PAKEJ BANTUAN INISIATIF PERMAI 15 BILLION -PM

Kuala Lumpur, Jan 18-

Shah Alam, Jan 18  –

Kerjaaan mempekenalkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perutusan khas sebentar tadi.

Beliau berkata, perkenalan pakej rangsangan ini ialah suatu usaha memulihkan ekonomi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0

“Secara amnya, pakej bantuan PERMAI menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

“Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu: Memerangi Wabak COVID-19; Memelihara Kebajikan Rakyat; dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan,” katanya, di sini hari ini.

Bantuan ini mengurangkan beban rakyat, setelah kerajaan  mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di beberapa buah negeri bermula 13 Januari sehingga 26 Januari susulan dengan bencana banjir di beberapa negeri.

 

 

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here