PENJUALAN JERUK DI LAMPU ISYARAT AMAT MEMBAHAYAKAN – ACP MUHAMMAD SHAHEED

Seremban, Jan 18-

“Penjualan jeruk buah-buahan di persimpangan lampu isyarat di Negeri Sembilan membahayakan para pengguna jalan raya,” kata Ketua Polis Daerah ACP Muhammad Shaheed.

Beliau turut berkata aktiviti perniagaan jalanan itu berbahaya dan boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Berikutan larangan itu, mereka yang menjaja jeruk di dalam balang di persimpangan lampu isyarat di negeri ini perlu menghentikan kegiatan itu jika tidak tindakan berkuatkuasa akan diambil serta-merta.

Larangan itu dikeluarkan kerana ia menyalahi undang-undang Persekutuan di bawah Akta dan Peraturan Lalu Lintas 1959.

Penjualan sebegini dipandang serius oleh pelbagai pengguna jalan raya yang boleh menyebabkan kemalangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here