PENUTUPAN PASAR BORONG AKIBAT KES POSITIF COVID -19.

Kuala Lumpur, Jan 18-

Pasar borong Kuala Lumpur ditutup lima hari mulai hari ini hingga Jumaat berikutan berlaku kes positif Covid- 19 dalam kalangan pekerjanya.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Ariffin Samsuddin berkata, penutupan tersebut langkah persatuan asar borong itu sendiri kerana dikhuathiri kes akan meningkat. Penutupan pasar borong akan dijangka akan mengakibatkan kekurangan bekalan ikan di pasar borong.

Beliau turut menambah bahawa pengguan tidak perlu bimbang kerana mereka masih boleh mendapatkan bekalan ikan di pasar raya dan pasar borong lain seperti Chow Kit, Sentul, dan Selayang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here