PUAS HATI BERPELUANG BERDEPAN DENGAN JUARA DUNIA

Pemain perseorangan S. Kisona berpuas hati kerana berpeluang bertemu dengan naib juara dunia 2015 dari India Saina Nehwal sebelum tewas menerusi aksi straight set 21-15, 21-15.

Meskipun tersingkir seawal pusingan pertama pada kejohanan badminton Terbuka Thailand, “saya sangat bangga dapat menyertai kejohanan ini kerana pada awalnya tidak jangka dapat beraksi dalam pertandingan bertaraf Super 1000 seperti ini. 

“Saya anggap permainan saya sudah ada banyak peningkatan” kata Kisona.

Pada masa yang sama Kisona juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 mendedahkan dia sedikit kecewa ketika Saina diumumkan menarik diri daripada kejohanan kerana didapati positif Covid-19.    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here