ANAK GAJAH DITEMUI MATI

Seekor anak gajah jantan ditemukan mati dipercayai dilanggar kenderaan di tepi Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran persimpangan rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun, dekat sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan ) Perak, Yusoff Shariff berkata anak gajah dilanggarkan berusia empat hingga lima tahun itu dipercayai terlanggar atau dilanggar lori atau bas sekitar jam 5 pagi.

Katanya,  bangkai anak gajah yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan itu sudah ditanam di kawasan hutan berhampiran oleh anggota Pejabat Perhilitan Gerik, tengah hari kelmarin.

“ Bagaimanapun, setakat ini tidak ada sesiapa pun tampil membuat pengakuan terbabit dalam kemalangan itu”,  katanya.

Menurutnya pihaknya berharap pengguan jalan raya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan hutan tebal di JRTB Gerik kerana sudah diketahui sebagai habitat hidupan liar terutama gajah yang sering didapati melintas jalan.

Katanya, perhilitan juga memasang beberapa  papan tanda peringatan di sepanjang jalan raya berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here