PAKEJ PERMAI RM 15B UNTUK BANTU RAKYAT

Bagi meringan beban rakyat yang terkesan akibat penularan Covid 19, kerajaan mengumumkan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) di beberapa buah negeri.

Satu lagi pakej bantuan iaitu Pakej Bantuan Perlindungan Dan Ekonomi Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM 15 bilion yang menerusi 22 inisiatif dengan tiga matlamat iaitu :

i) Memerangi pandemik Covid-19

ii) memelihara kebajikan rakyat dan;

iii) menyokong kelangsungan perniagaan

  • Pemberian one-off RM 500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan. RM 300 bagi frontliner lain mula dibayar pada suku pertama tahun ini.
  • Lanjutan moratorium dan pengurangan balik pinjaman akan terus ditawarkan oleh pihak bank.
  • Bayaran fasa terakhir Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dipercepatkan mulai 21 Januari ini.
  • RM 1000 Geran Khas Prihatin Tambahan atau GKP Tambahan yang diberikan kepada peniaga dan penjaja di tujuh negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan.
  •  
  • Pembayaran pendahuluan sehingga RM 1000 bagi permohonan I-Sinar kategori 2 dan bayaran akan dibuat mulai 26 Januari ini.

 

  • Bantuan one-off RM 500 kepada pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.
  • 24 juta diperuntukkan bagi membiayai pekerja penghantaran di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (PERKESO).
  • Bantuan barang makanan keperluan bernilai RM 100 bagi setiap isi rumah layak di bawah Program Bakul Makanan.
  • Pelepasan cukai khas sehingga RM 2500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
  • Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April ini.
  • Rebat elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik pada kadar 2 sen setiap kilowatt per jam bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari 2021.
  • Peminjam PTPTN terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan. Permohonan sehingga  31 Mac ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here