RAKYAT TAMIL NADU KURANG BERYAKIN DENGAN SUNTIKAN VAKSIN.

Chennai, Jan 19-

Kerajaan India semalam memaklumkan akan menggandakan usaha untuk membina kepercayaan rakyatnya susulan hampir satu pertiga penduduk negara itu tidak muncul untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 yang mula dibekalkan sejak Sabtu lalu.

Dalam tempoh tiga hari pertama program vaksin COVID-19 itu dimulakan, kerajaan berkata, 22 peratus penduduk telah menerima suntikan vaksin berkenaan.

Antara vaksin yang diperkenalkan di Tamil Nadu adalah Covishield serta Covaksin. “Program ini baru diperkenalkan beberapa hari lalu dan kami faham, ramai yang masih ingin melihat bagaimana prosedur ini dijalankan dan menunggu perkembangan vaksin lain”kata pasukan petugas di Tamil Nadu.  

Di New Delhi pula, “Kami juga berusaha untuk menangani maklumat tidak tepat mengenai program ini bagi meningkatkan keyakinan orang ramai,” kata salah seorang pasukan petugas coronavirus di bandar raya itu, Suneela Garg.

Kerajaan India memulakan antara program vaksin COVID-19 yang terbesar di dunia dan berharap dapat memvaksin kira-kira 300 juta daripada 1.3 bilion penduduknya menjelang Julai depan.

Sementara itu, dalam satu laporan akhbar memaklumkan ramai penduduk tidak khusyuk untuk menyuntikan vaksin berkenaan, cuma 16 peratus penduduk di negeri Tamil Nadu yang hadir untuk menerima suntikan.

Selain itu, di pusat kesihatan komuniti di daerah Rohtak, berhampiran Haryana, cuma 29 orang daripada 100 penduduk yang menerima vaksin berkenaan hadir, kata seorang doctor.

“Ramai penduduk yang masih takut, jadi kita tidak boleh memaksa mereka untuk menerima suntikan ini kerana ia bersifat sukarela,” katanya.

“Sejak awal lagi kita telah memaklumkan masyarakat supaya tidak bimbang terutama apabila banyak maklumat tidak tepat mengenai vaksin dikongsikan,” katanya.

Jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di India, Tamil Nadu di giliran terakhir untuk mempercayai keberkesanan suntikan vaksin ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here