Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan 14 hari bermula Selasa berikutan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan.
Memperincikan perkara itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) melaporkan kadar insiden jangkitan di Seremban sangat tinggi dan berlaku peningkatan secara ketara dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 777 kes kepada 876 kes. Kebanyakan mukim juga adalah zon merah iaitu melibatkan tujuh daripada Sembilan mukim.