TIGA LELAKI BERDEPAN HUKUMAN GANTUNG MATI

Tanjung Rambutan, Jan 19-

Tiga sekawan berdepan hukuman gantung sampai mati atas tuduhan membunuh seorang lelaki di hutan berhampiran Kuil Sri Maha Muthu Mariamman ladang Tanjung Rambutan,di antara pukul 7.40 hingga 8.45 malam, 31 Disember.

Avviness Sarma, 22, S Lingeshwarran, 24, dan P Siva Raman, 33, masing-masing mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki terbabit bersama dua yang masih bebas didakwa sengaja melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Arun, 34, menggunakan parang.

Mahkamah menetapkan 18 Mac ini bagi sebutan semula kes untuk menunggu laporan kimia dan bedah siasat mangsa.

Pada 1 Januari lalu, seorang lelaki yang memiliki 12 rekod lampau ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di badan di kawasan belukar berhampiran di Tanjung Rambutan.

Mayat mangsa yang berlumuran darah dengan keadaan pergelangan tangan kanannya hampir putus ditemui orang awam di kawasan berkenaan pada pukul 1.30 pagi sebelum melaporkan kepada polis.

  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here