SELURUH NEGARA PKP KECUALI SARAWAK

Putrajaya, Jan 20-

Hanya negeri Sarawak dikecualikan dari seluruh negara bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0), Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perak, Kedah, Pahang, Terengganu, Perlis serta Negeri Sembilan  kesemua enam negeri yang lain turut  menjalani PKP bermula 12.01 tengah malam 22 Januari hingga 4 Februari ini.

“Ini bermakna hanya Sarawak yang masih lagi PKPP kecuali Bahagian Sibu,” kata beliau menerusi sidang akhbar khas mengenai PKP di kementeriannya di ibu negara semalam.

Baru-baru ini Kelantan dan Bahagian Sibu di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini seluruh negara termasuk dalam senarai tersebut.

Selama ini kesemua lima negeri lain yang sebelum ini bertaraf PKP Bersyarat (PKPB) ialah Kedah, Perak, Negeri Sembilan (kecuali Seremban dan Port Dickson), Pahang dan Terengganu.

Sarawak adalah negeri paling besar di Malaysia serta mempunyai sistem 12 bahagian dengan di bawah pentadbiran setiap satu tersebut mengandungi daerah dan daerah kecil.

Minggu lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan semula PKP 2.0 di lima negeri dan kesemua tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Negeri yang terlibat pula iaitu Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor dan Sabah dikenal pasti Kementerian Kesihatan sebagai merekodkan kes baharu penularan wabak Covid-19 tertinggi.

Ismail Sabri pada 15 Januari lalu kemudian mengumumkan PKP di Kelantan yang sebelum itu bertaraf sebagai PKPB dan Bahagian Sibu berkuat kuasa keesokan hari hingga 26 Januari.

Bagaimanapun, pengumuman beliau pada hari ini lebih memeranjatkan banyak pihak kerana hanya 11 bahagian pentadbiran di Sarawak yang masih lagi bertaraf  PKPP dan tiada lagi PKPB.

“Prosedur operasi standard PKP masih lagi sama seperti yang saya pernah umum sebelum ini termasuk tempoh waktu operasi perniagaan sektor dibenarkan dan sebagainya,” jelas beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here