SUSPEK UTAMA DALAM KECURIAN , ELANGO MAGNA BERJAYA DITAWAN

Kuala Lumpur, Jan 20-

Polis berjaya  menumpaskan kumpulan curi kenderaan dikenali Geng Elango Magna selepas berjaya menahan dua lelaki menerusi Ops Lejang pada 13 Januari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya berjaya menangkap suspek utama geng tersebut dikenali Elango, 35 dan rakan subahat berusia 51 tahun.

Katanya dengan tangkapan itu, polis Berjaya menyelesaikan 11 kes kenderaan membabitkan lori, van dan kereta sejak akhir bulan ini.  

Kumpulan dipercayai mendalangi 11 kejadian curi kenderaan yang dilaporkan berlaku di sekitar Kepong dan Jinjang.

Ini termasuk tiga kenderaan dicuri pada tahun lalu dan lapan lagi dicuri antara 1 januari hingga 13 Januari lalu,” katanya di sini semalam.

Kumpulan ini menyasarkan kenderaan yang diletakkan di kawasan perumahan dan perindustrian. Kawasan terpencil sebelum dileraikan dan dijual kepada individu atau bengkel sebagai alat ganti,” ujaarnya.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here