TEMPAT TINGGAL BAGI MANGSA KEBAKARAN PASAR SENTUL

Sentul, Jan 20-

Sebanyak sembilan penghuni kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang menjilat lima buah rumah di belakang Pasar Sentul  di Pusat Bandaraya.

Ahli Parlimen Kawasan Batu,  P Prabakaran meminta Majlis Perbandaran Kulala Lumpur menyediakan   tempat tinggal sementara bagi mangsa kebakaran itu.

Prabakaran turut bersimpati terhadap keadaan mangsa dan  bertanya sebab mereka masih tidak mendapat tempat perlindungan walaupun sudah enam hari.

Beliau menyeru Majlis Perbandaran Kuala Lumpur tidak harus berlewa untuk menyediakan tempat tinggal sementara bagi mangsa kebakaran yang terdiri daripada wanita mengandung dan warga emas berkenaan.

Pengaturan tempat tinggal bagi mangsa dapat menjamin kebajikan mereka, kata Ahli Parlimen kawasan Batu yang menziarahi mangsa kebakaran semalam di sini.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here