KESUSATERAAN TAMIL MENJADI PILIHAN SAYA – THINGHALAN

Kagum sungguh dengan pemuda lelaki yang berusia 23 tahun berminat terhadap penulisan kreatif telah dipupuk sejak usia remaja lagi oleh bapanya yang juga seorang penulis terkemuka bernama G. Manimaran.

Thinghalan yang melangkah masuk ke Institusi Pengajian Tinggi di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bakatnya terus diasah terutamanya dalam penghasilan cerpen.

Bakat M. Thinghalan dalam penghasilan cerpen lebih prerogatif kepada penulisan sastera dalam bahasa Tamil iaitu bahasa pertuturan setiap hari di rumah.  Beliau telah berjaya dalam pelbagai pertandingan mengarang cerpen Tamil. Antaranya menjadi Johan dalam peringkat Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun lalu.

Dia juga pernah meraih naib juara dalam pertandingan mengarang cerpen Tamil peringkat kebangsaan anjuran University Malaya dan tempat ketiga pada pertandingan kebangsaan anjuran Koperasi Kewangan Permodalan Tanah Berhad.

“Kebanyakan kisah dan latar belakang yang dimuatkan dalam cerpen penulisan saya berkisar mengenai kehidupan seharian masyarakat di negara ini. Tugas bapa saya adalah memperbetulkan bahasa dan ayat saya,” tegasnya.

Thinghalan berkata sastera dalam bahasa Tamil cukup unik tetapi tidak ramai masyarakat India di negara ini yang dapat menguasai bahasa Tamil dengan baik kerana ramai menganggap mereka akan ketinggalan zaman.

“Saya sangat bangga dapat menguasai bahasa Tamil dengan baik dan mempelajari secara mendalam termasuk dalam aspek penulisan kreatif” jelasnya.

Thinghalan berkata, kebanyakan cerpen yang dihasilkannya akan dihantar ke pertandingan-pertandingan tertentu sama ada dianjurkan di peringkat universiti atau kebangsaan.

Bakal menamatkan pengajian pada tahun ini, Thinghalan berharap dapat bergelar seorang jurutera serta meneruskan minat penulisan dalam bahasa Tamil.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here